Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Awas! Lelaki Asid Kembali

KUALA LUMPUR: Kejadian menyimbah asid yang pernah menggemparkan warga kota, terutama wanita yang dilakukan lelaki bermotosikal tahun lalu muncul semula selepas satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang, kelmarin dan Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.

Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.
Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit bercakap dengan mangsa.

“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.


sumber: Harian Metro

Wednesday, March 14, 2012

Kerana Dendam

JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.
Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.
Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.
Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.
“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.
sumber :Kosmo Online 
**harapan saya semoga mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. .jauh di sudut hati saya ingin melihat mereka dihukum sepertimana apa yang telah dibuat kepada arwah Dirang tetapi kita hanya manusia biasa..kita hanya mampu menghukum mengikut undang-undang yang telah diaktakan..Hanya Allah s.w.t yang mampu menilai kejahatan mereka. .Semoga mereka dapat bertaubat dan insaf dengan apa yang telah mereka lakukan..

Monday, March 12, 2012

Lolipop batang bercahaya berbahaya

GEORGETOWN: Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya dalam keadaan gelap untuk menarik perhatian kanak-kanak dijual secara terbuka dikesan berbahaya kepada kesihatan.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa gula-gula itu boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia. Berikutan itu, CAP menggesa agar Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan gula-gula terbabit kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, mendakwa lolipop berkenaan mengandungi bahan kimia ftalat yang bertindak sebagai pelarut bagi poly aromatic carbon (PAH) yang menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.

Dakwanya, PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencairkan cat.

“Bahan kimia bertoksik pada batang pemegang lolipop terbabit akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati lolipop berkenaan. “Ia juga mempunyai kesan sampingan boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit barah dan mutasi gen pada manusia,” katanya.

Katanya, tinjauan dijalankan CAP mendapati lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya diperbuat daripada plastik akan bercahaya dalam keadaan gelap.


Menurutnya, menerusi temu bual pegawai CAP dengan beberapa kanak-kanak yang membeli lolipop itu mendapati mereka juga akan menyimpan batang pemegangnya selepas menikmati gula-gula itu kerana ia kelihatan menarik.

Katanya, keadaan itu akan mendedahkan mereka kepada bahan kimia yang terdapat pada pemegang itu.

“Berdasarkan maklumat yang kami perolehi daripada pemborong gula-gula terbabit, ia dikatakan dibawa masuk ke negara ini dari China tetapi tidak dapat disahkan negara sebenar yang menghasilkannya.

“Penelitian kami pada pembalut gula-gula berkenaan pula, selain mempunyai nama sebuah syarikat dipercayai menghasilkannya turut mempunyai logo halal yang tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Gula-gula itu didapati dijual dengan harga murah iaitu 60 sen satu dan RM6 bagi satu kotak mengandungi 24 batang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Saturday, January 28, 2012

Anugerah Juara Lagu

Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu ke 26 :-

Tarikh: 29 Januari 2012
Masa: 9.00 Malam – 11.30 Malam
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil
Pengacara: Faizal Ismail dan Cheryl Samad
Siaran secara live di TV3
Tema persembahan : Air



Lagu yang layak ke FINAL :-


  • Sungai Lui yang dinyayikan Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)





  • Janji oleh Akim (Akim/Akim)





  • Awan Nano  yang dinyayikan  Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)





  • Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)





  • Maaf Dari Hati  yang dinyayikan Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)





  • Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)





  • Bagaikan Bidadari  yang dinyayikan  Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)





  • Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)





  • Perpisahan Ini  yang dinyayikan 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)





  • Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)





  • Pokok  yang dinyayikan  Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)





  • Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)





  • Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)





  • Muda  yang dinyayikan Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)





  • Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)





  • Kurnia  yang dinyayikan  Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)





  • Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)





  • Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)





  • Mata Hati  yang dinyayikan  Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)





  • Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)





  • Gadis Semasa  yang dinyayikan  Yuna (Yuna/Yuna)





  • Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)





  • Penakut  yang dinyayikan  Yuna (Yuna/Yuna)





  • Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)





  • Aku Permata  yang dinyayikan  Salma (Taja/Tun Teja)





  • Sedetik Lebih oleh Jaclin Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)





  • Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)





  • Cinta Teragung  yang dinyayikan  Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)





  • Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)





  • Bila Bertemumu  yang dinyayikan  Shiha (Ajai/Ajai)






  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
    Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers