Wednesday, February 27, 2013

Kelembutan seorang ibu

Assalamualaikum


kelembutan seorang ibu
Lembut?
 Sorang anak boleh..masuk dua anak phewww...
suara meow meow jadik grrrr grrr..
mata sepet jadik bulat..
hidung kempis jd kembang..
alahaiiiiii si anak..

Tapi dalam kegarangan seorang ibu terselit kelembutannya dalam mendidik si anak 
ibu mana tak sayangkan anak kan?
walau persepsi itu semakin terhakis dek wacana yang terpampang di media 
memperlihatkan "kewarasan" si ibu menangani situasi    

apapun saya pasti sayang si ibu tinggi melangit 
kasihnya tiada tandingan
 cintanya kekal abadi 


♥ Nur Dina Amira & Nur Dina Azzalia

anda bagaimana?
:D




Tuesday, February 19, 2013

Doakan Asya cepat sembuh

Assalamualaikum

     Rata-rata tentu kenal dengan blogger Lyafrina@mama Asya kan..Saya baru je menerima perkhabaran yang Asya kurang sihat sejak beberapa hari nih..Sedih sangat bila tengok gambar Asya menangis..Semenjak dua menjak nih hati sangat-sangat sensitif (bukanlah bermakna tak sensitif ye sebelum ni..huhu) cuma bila tengok anak orang sakit seolah-olah macam anak sendiri yang sakit..
     Mungkinkah sebab sendirian menguruskan rumahtangga yang jadi gini? Huhu tapi yang passti mari kita sama-sama doakan Asya cepat sihat..
      Kadang-kadang kita cuba mengelakkan untuk jadi sakit tapi keadaan tak menginzinkan..apa yang berlaku itu ada hikmahnya..Allah s.w.t tak akan menguji hambanya yang tak berdaya..besar ganjarannya bagi mereka yang bersabar..saya sendiri kadang-kadang terlupa dan merungut dengan apa yang berlaku..mujur ada suami, keluarga dan rakan- rakan yang nemberi sokongan.
   

**semoga kita semua diberi kesihatan yang baik..siapa yang tak sihat tu cepat-cepat makan ubat dan saya doakan cepat sembuh seperti biasa..:Dp

Serasi bersama

                   Assalamualaikum

Betul ke orang tua-tua selalu kata 
kalau tak nak bagi adik beradik bergaduh
tali pusat adik beradik kena dibungkus dalam satu tempat
wallahualam..

hurmmm kedua-dua tali pusat adik dan kakak ada saya simpan
tapi takdelah pulak disimpan sekali

biasalah kan kalau dah namanya adik beradik
tak bergaduh tak sah

buat masa sekarang nih rasanya si kakak sayang betul dekat adiknya

ce tengok nih..
hehe




Friday, February 15, 2013

Thanks Dear...Samsung Note II

Alhamdulillah


                        Alkisahnya Iphone 3G yang lama tu dah hang..sedih tau..lama jugaklah pakai handphone tu..dalam tu banyak gambar-gambar family..tak sempat nak ambil..dah tak bley on dah phone tu..wat tukun jelah ..sobsobsob


                        Terima kasih pada en asben yang sudi membeli dan memberi..tujuan utama pilih sebab cameranya cantik..nak beli DSLR/Samsung Galaxy Camera tak mampu lagi..dapat yang ini pun dah cukup
hihihihi..yang penting boleh snap-snap gambar anak-anak..function lain saya tak mo tau...boleh gituuuuu?....

                                 Tapi yang tak bestnya dok terkial-kial lagi mensettingkan apa yang patut..kejap tak boleh buat video call, kejap tak boleh YM, kejap tak boleh connect..haiyaaaa itulah nak sangat kan pakai canggih manggih ni sedangkan dok rabun IT..Aritu siap asben membebel lagi tuh sebab tak angkat phone..bukan tak nak angkat tapi tak reti angkat..tekniknya lain sikit..bukan cam phone biasa..hahaha..




Wednesday, February 13, 2013

Tanggungjawab

Assalamualaikum


Rabu sudah..cepat betul masa berlalu..
cuti empat hari rasa macam sehari kan?
mana taknya selain sibuk menguruskan anak-anak 
sibuk berjalan-jalan
(upss dulu sebut perkataan anak..sekarang anak-anak..ewahhh macam banyak anak jer..
baru jer dua kuikuikui)


berjalan jalan??
jalan kat Berjaya Times Square jer

dulu anak sorang bolehla jugak nak gi merata tempat
kalau penat dukung anak hubby pulak ganti (bila anak tak nak duduk stroller)
ni dah masuk dua..haduiii penat ibu kalau dua-dua nak berkepit celah ketiak ibu
tapi nasib baiklah sekarang nih kakak dah ligat berjalan dan berlari kalau bawa keluar

tapi itulah yang dinamakan tanggungjawab kan
tanggungjawab kita as a mother

cerita bab tanggungjawab..from this month sayalah ibu sayalah ayah kepada anak-anak
mana taknya  si ayah kena jaga projek di Sabah selama setahun
mungkin 2@3 bulan sekali baru balik ke Semenanjung

sukar?
agak sukar bila saya tidak tahu memandu, tiada lesen
mana nak pikir beli barang keperluan, ke pejabat, hantar anak ke tadika, ke taska
fuhhh
tapi bila ianya sudah jadi tanggungjawab
sukar itu ditolak ke tepi

alhamdulillah
walau saya terpaksa berjalan kaki ke pejabat (20 minit dah sampai)
berjalan kaki ke taska hantar anak-anak (terpaksa 2x hantar sebab kena hantar kakak pukul 7pg untuk tadika..nasib baik  dekat..xsampai 10 minit dah sampai)
kemudian patah balik ke rumah siapkan si adik pulak dan hantar semula adik ke taska (masa nih saya terus ke ofis) 
segala-galanya dilakukan dalam perasaan yang gembira dan bahagia
gembira, sebab saya mampu lakukan seorang diri ( xkanlah nak harap kawan  ye x..diorang pun ada family sendiri..adik beradik?uuu semua jauh2)
 bahagia,bila lihat anak-anak tetap gembira
walau ayah jauh di mata

untuk beli barang-barang@ke hospital@klinik (checkup)
terpaksalah ambil teksi
(hukhuk nampak gayanya wajib ambil lesen memandu lepas nih..tapi boleh ke?omak takuttt!!)

buat sementara nih tanggungjawab itu harus dipikul sebaik mungkin
perkataan sukar, penat kena dibuang jauh dari minda
kalau merungut lebih-lebih karang hubby angkut ke Sabah plak
haha tak mau saya..



 







Monday, February 4, 2013

Bau Bayi


Rumah akan jadi tambah berseri kalau ada baby
Lebih-lebih lagi  bau baby yang baru lahir
Baunya sangat menenangkan
betul tak?


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...