Thursday, May 17, 2012

Alhamdulillah
terima kasih ECA
sebab decorate rumah akak jadi cantik..
maklumlah akak kan tak sihat kena la suh orang decorate
hehehe alasan..
yang sebenarnya tak pandai nak buat lah..tu yang minta tolong ECA
sekali tengok terus berkenan..kreatif betul Eca kan..akk memang puas hati..:)

untuk harini pulak dugaan betullah..
ni citenya ya
hubby pergi outstation kedah malam tadi pukul 12 malam
so lepas siap-siap nak gi kerja pagi nih
terus gi kat tangga nak amik kunci rumah
gagau-gagau, cari-cari..
eh takdelah pulak..
tak puas hati cari pulak kat bawah tangga, manalah tau kot- kot terjatuh ke..
mmmm takde jugak..
alamak!! tetiba teringat kat hubby
takkanlah hubby amik kot..dia pon ada kunci sendiri
terus call hubby..Huh memang betul pon dia amik
cisss..camne nak keluar rumah nih..


opsss pintu belakang kan ada..
pintu dapur, grill dapur lepas..
pagar dapur plak tak lepas..
uwaaa ada satu solex yang berkarat kat pagar dapur
berkarat??yelah sejak duduk hampir 1 1/2 tahun tak pernah pon buka pintu belakang..
sob sob sob..
terpaksalah telefon Mc Gyver..eh bukan bebudak opis minta tolong pecahkan mangga..

satu lagi masalah timbul bila kawan ofis nak masuk tak boleh sebab jiran sebelah 
kanan wat pagar setinggi alam 
camne yek nak cite..
aaa camni laluan belakang yang sepatutnya jadi laluan kecemasan nak keluar kalau berlaku emergency
dah dipagar oleh rumah yang pertama sekali. (rumah saya yang kedua)
jadi laluan belakang dah xde..diorang dah amik, renovate, pagarkan laluan tu sekali ngan rumah diorang, buat kawasan tanam pokok-pokok munge diorang..
hmmmm salah kan kalau buat camtu..
katakanlah kalau berlaku kebakaran saya nak keluar ikut pintu belakang
mesti saya nak cari laluan paling dekat ke jalan besar..dah tentu-tentu jiran sebelah kanan saya (yang pertama)
kalau jiran sebelah kiri pulak..ada lebih kurang 6 biji rumah..jauh tu nak lari..

nasib baiklah anak jiran sebelah ada..kalau tak terpaksalah panggil tukang kunci..terpaksa pecahkan mangga pagar, grill, pintu dan sliding door..

itulah kisahnya..hekhek panjang pula story mory kali nih..hehe :p

apapun dah selamat keluar..kejap lagi nak balik terpaksa pulak minta tolong jiran sebelah bukakan pagar dia tu untuk saya masuk ikut pintu belakang sekali lagi..sebabnya? hubby balik lambat dari kedah..sampai dalam pukul 8 malam..

kalau jiran sebelah takde rumah, takpe saya pecahkan jer mangga pintu rumah..habis cite..huhu..
** mood: geram, geram, geram..

( dalam hati dok terpikir kalaulah malam tadi berlaku kebakaran camne saya dan anak ye?..subhanallah..)


Monday, May 7, 2012

bernafas kembali


Assalamualaikum
Sudah masuk bulan Mei sekarang
cepat betul masa berlalu
sudah lama nak mengarang cerita baru
tapi bila sampai ayat yang ke lima idea hilang
untuk entry ni saja 4,5 kali padam tulis padam tulis
memakan masa berhari-hari plak tu
waaaa teruk nih..

actually bila saya buka blog@internet@FB kepala cepat jadi pening
alahan ? haha tak kanlah yer..
alahan pulak bukan setakat morning sickness tapi evening, afternoon, night
tak kira masa..
fuhhh itu yang penat..
selalunya apa yang dimakan terus keluar balik
kalau tak sekali mahunya 2 kali sehari camtu
rasa loya tu usah dikata la..sepanjang hari..
hurmm teruk tak alahan saya nih?

setakat nih doktor cuma bagi makan acid folic sahaja
kalau makan vitamin lain lagi kuat alahan katanya
rasa macam sama jer :p
ubat untuk penin/muntah/loya pon ada juga
tapi saya malas nak makan selalu
sebab akan mengantuk dan tekak rasa xsedap..
biasanya kalau travel kemana-mana atau nak keluar shopping barulah saya ambil ubat tu

jadinya buat masa sekarang nih setakat pergi dan balik ofis jelah
itupon dalam seminggu satu hari mesti MC sb sangat-sangat tak larat
keluar jalan-jalan jangan haraplah saya nak pergi..
kecuali kalau shopping lah..hihi adalah sekali sekala

sebenarnya rasa rindu sangat nak baca blog kawan-kawan :(
kadang-kadang tu ada jugaklah saya BW tapi setakat termampu jer..

terima kasih pada yang masih sudi singgah walau blog ni sunyi sepi..thanks Lya, Ina, k.Fieda    n yang lain-lain


insyaallah kita bertemu di next entry ya..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...