Wednesday, February 29, 2012

Taska-Anak diikat dan ditampal mulutnya

Salam semua...
sangat mengantuk harini sebab Amira tidur pukul 3 pagi malam tadi
nangis-nangis ayahnya takde, outstation ke Tapah, Perak
so tengah-tengah malam buta ber Skype dengan ayahnya
sedar-sedar dah kul 3..sib baiklah sedar awal pagi nih..hehe
opsss mata terbuka luas bila terbaca berita kat bawah ni..


JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
Sumber :Harian Metro




**Banyak kes yang berlaku sekarang melibatkan kanak-kanak dan bayi.
 Saya yang turut hantar Amira ke taska pun kadang-kadang risau.
tapi alhamdulillah pengasuh anak semuanya ok dan baik.
kalau benarlah dakwaan di atas saya rasa Kementerian patut campur tangan
bagi membendung benda-benda macam ni berlaku..
Ibu bapa yang hantar mana nak tau anaknya dibuat begitu kan..
kejam betul anak sekecil itu yang tak tahu apa-apa diperlakukan begitu..




Appetton

Harini saya start bagi Amira makan vitamin
Appetton Lysiene with Prebiotic
sekadar nak tambah selera makan Amira
semoga lebih bambam lepas ni
lebih gebu gebas
hehehehe

so takdelah saya asyik dengar orang dok ulang
"keciknya Amira" "bila Amira nak besar" "Amira tak makan ke"
kalau 3, 4 kali bolehla saya senyum
kalau seploh kali ulang dalam sehari jumpa tu
makan hati omak nih..
tahulah anaknya comel, gebu gebas..
huhuhu..

**bukan marah atau bukan terasa hati bila dengar orang cakap camtu tapi Amira special case..sebab dia sakit masa kecil dulu pertumbuhan fizikalnya agak perlahan berbanding
kanak-kanak lain..Amira masih dalam pemerhatian doktor..selang 2 @ 3 bulan sekali saya perlu jumpa pakar..alhamdulillah sekarang Amira tak perlu ambil ubat dan dah 4 bulan tanpa ubat Amira sihat walaafiat..walau macam manapun saya masih pegang kata doktor "sakitnya boleh datang kembali" Tapi urusan Allah tiada siapa tahu..Sakit,ajal dan maut bukan urusan kita. Doa saya semoga Amira sihat dan disahkan bebas dari penyakitnya.Walau saya masih belum pasti bila saya akan dengar kata-kata keramat tu keluar dari mulut doktor. Apapun saya pasti setiap apa yang direncanakan Allah s.w.t pada umatnya ada kebaikan di sebaliknya. 

cinta hati ibu dan ayah..semoga membesar jadi anak yang solehah..


Tuesday, February 28, 2012

Saya dan Ular-Anda berani?



Saya dan ular
anda berani??
hehehe

picture lama nih..jangan takut yer..hehehe

rasa-rasanya gambar nih  kejadiannya berlaku dalam 2 tahun lepas..
masa pameran agro kot..
teringin nak pegang..
hubby tolong snapkan dari jauh 
geli katanya ..hahaha
ular hidup tau, bukan ular mati..

perasaan lepas pegang :- ntah, xleh nak describe..puas hati kot..huhu

**Gambar tak boleh belah..sempat senyum lagi..abaikan mata yg kuyu itu..

Monday, February 27, 2012

Majlis Perkahwinan Yusry dan Lisa


Gambar-gambar sekitar Majlis Resepsi perkahwinan Lisa Surihani & Yusri




Sumber dari SINI

Jangan lupa saksikan Walimatulurus Bahagian 2 di Astro Ria 3 Mac ini

Sembelit

Isnin yang lemau
hihihi
jangan otak lemau jugak dahler..:p

harini banyak kerja kena setel..
nak call client minta payment
almaklumla nak gaji dah..

opsss lari tajuk lak
sekadar selingan

baru-baru ni (this month la, awal Februari) saya tukar susu anak
bukan tukar Brand tapi tukar perasa susu
actually teringin nak tukar susu
tapi Amira special case
tak boleh minum susu berlaktosa dan susu soya
nanti dia akan cirit birit
before this saya bagi Similac
selepas umurnya mencecah 2 tahun lebih doctor suggest Pediasure
sebab utama, berat Amira yang kurang
sejak haritu saya tak pernah tukar susu
(memang susah nak cari susu tanpa laktosa nih
dulu2 pilihan yang ada cuma Similac atau Dumex tanpa LF yang saya jumpa
sekarang tak tahulah pulak
ada siapa2 yang ada anak cam saya tak?sebelum dapat Similac tu macam2 susu saya try
antaranya Dumex, Dutch Lady, Isomil, Anmum..semuanya tak ok..humm pening kepala masa tu)
baru-baru ni saya tukar Pediasure Vanilla ke Pediasure Chocolate
takde reason pun sekadar nak bagi Amira rasa chocolate
tup-tup hari Sabtu Amira sembelit
kesian anak ibu
bila masuk toilet jer nak membuang nangis-nangis
barulah saya perasan sebab sebelum ni ok jer
tak pernah pulak sembelit
air masak pun minum banyak jer..
saya sekadar bagi minum Ribenna dan alhamdulillah bolehlah membuang dengan jayanya
start sabtu lepas terus letak tepi Pediasure Chocolate
beli balik Pediasure vanilla
alhamdulillah hari ahad dan harini saya tengok Amira dah ok..
Actually Pediasure adalah susu untuk kanak-kanak yang cerewet makan, biasanya makan sedikit, makan makanan tertentu sahaja atau enggan mencuba makanan baru. Pediasure dirumus khas untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan dengan rumusan pemakanan lengkap untuk kanak-kanak 1 tahun -10 tahun. Susu ini tiada gluten dan laktosa. Susu ni sangat senang nak didapati di mana-mana. 900gram berharga RM 68.90 sahaja. Biasanya kalau nak tukar susu kenalah dapatkan nasihat dari pakar atau doktor anda. Jenis susu bergantung pada keadaan anak tersebut.


***ada sikit lagi susu Pediasure dalam tin, nampaknya ibu lah kena habiskan..
sayang pulak nak buang macam tu..


Sunday, February 26, 2012

Cuti sempena Pertabalan Agong


Semalam tengok berita
huhu macamlah tengok sangat
sebenarnya en suami yang rajin tengok, saya malas nak tengok
sebab banyak sangat hal politik yang keluar
tertoleh ke berita Tv masa terdengar pasal cuti
haaa yang ni kena amik tau..kekekeke


KUALA LUMPUR: Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sidek berkata, dua acara utama diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. - Bernama

Saturday, February 25, 2012

Little Chef Giveaway

Happy weekend semua!

sambil jalan-jalan harini
ternampak satu Giveaway dari  blog Mummy Ayu
nak joinlah


kalau nak join jugak pergi LINK INI
hadiahnya?hehe kena tanya Mummy Ayu.

Anak Abang Nara-Beautifulnara

Biasanya sambil rehat-rehat di tengah hari jumaat nih
saya selalu buka laman Beautifulnara
hehe nak tengok gosip-gosip berhemah Abang Nara

sekali keluar cerita Abang Nara la pulak..
owhhh rupa-rupanya 
isterinya dah selamat melahirkan anak lelaki pada 13hb lepas..
comel sangat baby
tahniah buat Abang Nara dan isteri


Friday, February 24, 2012

Yusri KRU dan Lisa Surihani selamat diijabkabul

Yusri Abdul Halim @ Yusri KRU dan Lisa Surihani selamat diijabkabul  
dengan sekali lafaz sahaja
tahniah buat pasangan pengantin yang sama comel ni
qiut sangat Lisa
suka sangat tengok wajah Lisa yang lembut dan berwajah keibuan ni
SELAMAT PENGANTIN BARU

pasangan yang sama comel, sama qiut





Thursday, February 23, 2012

Melaka part 3

 Sambung balik cerita cuti-cuti di Melaka tempoh hari..berkurun nak buat entry nih..kemalasan melanda sebab musabab gambo tak banyak & tak cantik..
  
                     Rupa-rupanya rakan suami telefon beritahu diorang pun nak turut serta join kitorang..apa lagi..besar tapak tangan nyiru kami tadahkan (hekhek betul ke pepatah ni)..suami pulak booking satu lagi bilik untuk diorang. Mereka sampai agak lewat malam dan kebetulan kami pun sudah keluar dari medan ikan bakar Umbai-Pernu tak dapatlah diorang merasa seafood kat situ..Just makan di gerai biasa sahaja di tepi jalan. Nak cari kedai makan yang femes-femes hari pulak dah larut malam.Kalau kami ni bujang takpelah jugak tapi si anak ibu ni dah mula merengek-rengek nak tidur.
                     Lepas makan kami terus balik hotel dan bumm zzz tak sedar diri walau dah melelapkan mata siang tadi...ishh kuat betul saya tido..hahaha..
                     Keesokan paginya bermulalah pengembaraan kami..Di mana?huhu nanti dulu..Saya cerita pasal kami breakfast dulu kat hotel ye...Seawal jam 8 pagi dah sampai kat kafe hotel dan terus ngap apa yang ada.. Amira tak mahu makan..mana taknya makanan tak berapa sedap..sedap lagi ibu masak..kekeke..

amira yang kemengantukan masa nih

alahai masamnya anak ibu

ceee ayah, senyum lebar je excited nak meneroka Melaka

                      Selepas breakfast kami mengorak langkah. Tempat pertama yang dituju adalah melawat kota peninggalan, A famosa..bila tengok balik A famosa nih dah macam ditenggelami dengan tempat lain di sekitarnya..Kecik jer..seolah-olah tersembunyi di hujung ceruk..
                       Sedihnya tak dapat nak snap gambar yang menarik sebab Amira dah meragam kepanasan..Serba tak kena anak ibu..Menangis-nangis kat situ.Sebelum kami datang Melaka lagi Amira selsema tapi tak teruk sangat..Bila sampai di Melaka hidungnya dah tersumbat..patutlah asyik meragam je..Ditambah pulak dengan menangis hurmmm lagilah sesak..lastly kami terus panjat tangga naik ke atas..adehhh mengah jugak ibu..banyak juga anak tangga yang perlu didaki..banyak ker?haha taklah sebanyak batu caves..

rakan ibu, Mas & suaminya 


senyum senyum jangan tak senyum..

senyum lagik





muzium Melaka..tak masuk pun sebab nampak macam takde sape pun masuk..hihi


kat atas ni pun ada orang jual-jual rupanya

sibuk je basyam ibu nie nak beli barang..no..no..no..


tengoklah tu dah meraung anak ibu dipaksa bergambar..



kali nie ibu jadi jurugambar tetap sebab Amira didukung ayah..
makanya takdelah banyak gambar ibu..sobsobsob..
next destinasi next entry ye..
**percutian kali ini agak kelam kabut sebab Amira banyak meragam
mood tak ok sangat-sangat
banyak plan terpaksa di cancel

Wednesday, February 22, 2012

Selamat Ulang tahun Abah

kasih ibu hingga ke syurga 
kasih ayah tiada penghujungnya

SELAMAT HARI LAHIR ABAH

Abah berumur 71 tahun harini



Terima Kasih Abah atas doa untuk anakmu..
jasa abah tidak mampu kubalas
kasihku pada abah tidak dapat kuuertikan dengan kata-kata
hanya doa kutitipkan buat abah saban hari
semoga abah terus sihat dan hidup abah sentiasa dirahmatiNya




**Rindunya pada abah saat ini..terasa nak terbang pulang ke kampung..


Tuesday, February 21, 2012

Alhamdulillah dah 2 bulan rupanya pregnant

Assalamualaikum & Selamat petang 

Alhamdulillah
before this kan saya pernah cerita tentang adik saya yang pregnant
dan dikhuatiri mengandung luar rahim
harini adik pergi chekup di Hospital Besar Ipoh
dan syukur berita gembira diterima
kandungannya ok dan sihat
takde apa-apa masalah setakat ini
cuma selepas nie kena checkup lagi..

Teruja dan seronok sangat saya mendengarnya..
macam saya pulak yang pregnant
hihihihi
moga-moga semuanya berjalan dengan baik

**nampaknya selang dua tahun emak akan menerima cucu baru dalam keluarga 
mungkinkah tahun ni emak akan menerima dua orang cucu?haha emak dok asyik tanya bilalah saya nak tambah lagi..jawapan standard saya "belum ada rezeki lagi mak"..

my adik Nur Azizah aka Mak Teh, luv u dik..


Alhamdulillah

Alhamdulillah
berkat pandangan kawan-kawan Amira dah mula makan banyak
caranya?
saya masak mihun sup, mee goreng, mee sup untuk Amira
rupanya Amira suka yang bersup nih daripada nasi
sebelum ni saya memang masak mee atau mihun sup tapi waktu petang jelah
tapi jarang jugak sebab kami biasanya keluar hari minggu
sekarang nih pagi pun saya masak sup jugak..
tengahari jer saya masakkan nasi
itupun boleh nampak perbezaannya
kalau nasi tu sepinggan belum tentu habis tapi mihun tu semangkuk boleh tambah lagi tau..
hehehe

cerita pasal sup nih, barulah teringat masa mengandungkan Amira 3 tahun lepas
saya memang suka mihun, mee sup berbanding nasi
untuk 3 bulan pertama memang tak boleh sentuh nasi
makan sikit jer pun mesti muntahkan balik
huhuhu patutlah kan..

Lepas ni target saya nak bagi Amira suka makan nasi pulak
mungkin agak sukar sedikit
tapi tak mustahil kan..
hehe lagipun masa diorang masih kecil nilah
kita perlu perkenalkan makanan yang berkhasiat pada anak
kalau tak biasa makan nanti dah besar cerewet pulak bab makan
haisshhh susah tu

**nak bagi Amira gebu gebas sikit baru comel..hihihihi...





Sunday, February 19, 2012

Jujur Aku dayus

Tajuk penuh makna
mendalam maksudnya
hehehe
sape tengok cerekarama malam semalam mesti tau
saya yang jarang tengok cerekarama boleh terminat pulak
memula tengok intronya sangatlah menarik
lama-lama tengok penuh dengan kesuspenan..
jalan cerita diolah dengan baik, skrip yang bagus dan para pelakon yang hebat
Nora Danish (isteri), Beto Khushairy(suami), Irma Hasmie(bekas tunang)
 memegang peranan utama dalam drama nih
walau citenya dah abis tapi saya tetap nak cite kat semua
haha boleh?
drama ni mengisahkan tentang pengorbanan seorang isteri yang menjaga suaminya dalam koma
si suami koma selepas balik Malaysia nak melawat isterinya di Malaysia
tetapi bila sedar suaminya tak pedulikan isteri tadi
muncul plak bekas tunang si suami yang mengandung
si suami ni tadi betul2 ambil berat pada bekas tunang
ishhh masa ni dok meneka bekas tunang ni td mengandungkan anak si suami
tak pun bekas tunang ni isteri kedua si suami
tapi salah le pulak
kemudian dok teka plak mungkin si suami ni dah liar masa duduk kat Jepun
entah-entah dah kena AIDS..
huhu ni pun tak betul gak..
cisss saya bab-bab teka cerita ni memang terer tapi kali nih salah le pulak
adehhhh
kemudian bila isteri jumpa bekas tunang suami
bekas tunang kata hijab dan jubah tak dapat menutup hati yang kotor pada si siteri
mulalah nak meneka lagi
entah-entah si isteri ni dah curang kot, mana taknya sebelum ni si isteri
jenis yang liar, minum arak dan sbgnya tapi bila dah kahwin dia berubah
tapiiiiiiiiii salahh lagiiii

rupa-rupanya si suami ni ternampak si isteri tidur dengan lelaki lain
masa dia nak surprisekan isterinya dengan balik Malaysia senyap-senyap
tapi masa ni si suami dah ceraikan isterinya
sobsobsob
cerita di sebalik kisah isterinya pulak
bekas teman lelakinya rogol dia
bukan dia yang curang
alahaiiii berderai2 air mata isteri tadi
camne nih tak kan sad ending kot..
taklah last sekali diorang rujuk balik
bila si suami tahu kebenaran sebenarnya
si bekas tunang ni pulak tak jadi nak gugurkan kandungannya
kerana dia tahu bayi dikandungnya adalah bukti cinta dan kasih suaminya yang telah meninggal dunia

mesej yang cuba disampaikan dalam drama ini adalah komunikasi antara pasangan amat penting
berdiam diri bukan jalan penyelesaiannya
dan si isteri pulak tak patutlah keluar seorang diri
berjumpa dengan lelaki lain masa suami takde
tahniah buat penerbitnya Pn Hajah Ziela
tukang wat skrip
dan pelakonnya terutama Nora Danish
lepas ni leh ar undi dia untuk Pelakon Terbaik ABP
hehehe

pada yang tak dapat tonton leh tengok semula kot dekat tonton.com
***tengok cerita ni semalam air mata dok berderai2 je..kalah Nora Danish yang berlakon
:p













Saturday, February 18, 2012

Nuffnang-Nak Dapat BE

Asyik dengar blog orang dapat BE jer
seronoknya kan..tapi blog saya tak pernah dapat lagi..hukhuk

saya sendiri kurang memahami konsep  BE, ME,CPC,CPM
so aritu saya pun hantar la pertanyaan pada Mr Nuffnang

gini jawapan yang diberi


Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Cheers!

Shahzeeq Shahren
Blogger Relations

**Ohooo camtu rupanya yer..
**so saya dah update survey selalu, status pun glitterati, dah letak kesemua 3 unit iklan (sebelum ni 2 je) agak-agak boleh dapat tak Mr Nuffnang yang ensem?? :p hohoho

Rumah bau strawberry..

Salam Saturday..
Harini kami tak kemana mana
cuma duduk di rumah buat apa yang patut
en suami awal-awal pagi lagi dah pergi kerja
kesian en suami dah 3 malam kena overnight di Tabung Haji
ada PA sistem yang perlu dibereskan
harini dan esok pun kena kerja
tinggalah ibu dengan Amira kat rumah

So pagi pagi bangun kemas rumah
dan mop satu rumah harini
tu yang rumah bau strawberry tu
gara-gara Ajax fabuloso

then basuh baju sambil lipat kain main yang banyak dalam bakul
hurmmm walau selalu basuh baju tapi rasa-rasanya
bakul baju kotor tu sentiasa jer terisi
adehhh

tup-tup dah tengah hari, masa untuk memasak pulak
hehe simple jer masak harini..
ayam kurma+ ayam goreng+sayur campur+telur goreng jerrrr
makan berdua dengan anak..

lepas makan masa untuk ber FB dan ber BW rumah kawan-kawan pulak
sambil ditemani bucuk basyam ibu yang sibuk dok tengok video betul..betul..betull...
inipun mata macam dah nak layu
kalo tak si anak yang tidur, maunya si ibu yang tidur dulu nih
hehehehe..

***psttt korang semua gi mana hari?mesti plan best punya kan..
apapun take care ye walau di mana berada..





Friday, February 17, 2012

Herba Tihara: Giveaway Bloglist Craft n Crochet

Blog Herba Tihara ada buat giveaway yang best
saya nak join..
anda nak join jugak?
klik link di bawah ok..:)

                                              Herba Tihara: Giveaway Bloglist Craft n Crochet





Perlu atau tidak

Lately ni my princess macam takde selera makan
risau pulak ibu tengok
minum susu pun agak kurang
tapi bila tanya cikgu taska
kata diorang Amira makan banyak
minum susu pun ok jer
pelik plak saya
takkan ibu masak tak sedap
ishhh
kata cikgunya lagi mungkin sebab dia makan ramai-ramai bersama kawan2
jadi selera tu meningkat sebab tengok kawan lain makan
hurmmm ye ke?
boleh caye ke teori tu?


sebelum ni pernah tanya pakar pemakanan
katanya tak perlu bagi vitamin
susu Pediasure perisa vanilla yang saya bagi tu dah cukup
cuma kena pelbagaikan jenis makanan

entahlah bab-bab makanan ni saya memang berhati-hati bila nak bagi untuk Amira
sah-sah gula2, keropok, aiskrim saya tak bagi makan
sekali sekala tu adalah tapi sangat2 jarang

rasa-rasa di hati macam nak bagi vitaminlah
sesuai ke  untuk budak berusia 3 tahun?
vitamin apa yang ok?
atau ada suggestion lain?
boleh bantu saya?
huhu...

dengan umur 3 tahun Amira baru mencapai berat 11 kg sahaja..ringan sangat tau..
doktor kata kecik molek cam ibunya..hoh ibunya bukan kecik molek tp kurus
ntah bile ibunya nak besor 
tapi kan situasi saya dulu lain..ada sebab kenapa saya kecik molek..:p
kalau boleh tak mahulah Amira pun cam ibu..
biarlah berat dan tinggi sesuai di peringkat umurnya..





segmen tambah follower sampai pengsan


Disebabkan saya budak baru belajar nak berblog
jadi saya nak join segmen nih..
JOM JOIN...




Thursday, February 16, 2012

Surirumah

siapa kata bila jadi surirumahtangga banyak rehat
hoh..takde maknanya..
tengok si kecil ibu yang kejap ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang
tak mahu tidur walau jam dah pukul 4 petang
si ibu yang penat
adehhh
tabik spring la pada suri rumahtangga
yang bertungkus lumus sapu sampah bila si anak sepah rumah
bukan sekali tapi berkali-kali
yang mengutip permainan bertaburan pelusuk rumah
yang memasak, membasuh, melipat kain, mengemop bila si anak tidur
haaaa tu baru sikit..
kalo nak list panjang berjela-jela pulak..

kalau si anak dah ke sekolah mungkin si ibu ada rehat
tapi jika si anak masih kecil, tiba pulak masa aktifnya haaaa pening juge..

walau saya bekerjaya tapi saya tetap kata jadi surirumah tu penat
jadi jangan pandang sebelah mata pada mereka

***mood harini penat jadi surirumah satu hari..xmasuk opis sebab MC xsihat..hahaha




Melaka part 2

                    Sambung balik cerita kami di Melaka. Sebenarnya masa tengah menunggu hidangan sampai, Amira sibuk bermain..bermain apa?hihihi..ni dia haaa...Di hujung kiri dan kanan gerai makan ini ada orang jual bermacam-macam permainan untuk budak-budak termasuk la pedang mainan ini..banyak sangat tau tapi tak sempat nak snap gambar..sayang betul..regenya tak taulah pulak berapa..hihihi..
                   Tapi ini bukan sebarang pedang..pedang nie leh keluarkan belon..hehehe..Suka sangat lah anak ibu sorang nih..ibu dan ayah sibuk makan, dia sibuk main..Hmmm lambat jugak makanan yang diorder nak sampai..Bila sampai satu je hidangan ibu terus ngap dulu sorang-sorang..Tengoklah Amira tu, kemain hepi tiup belon..




                  Apa yang bestnya di sini, kita boleh pilih sendiri seafood yang dimahukan dan cara masakan yang kita nak. Kalau rasa tak cukup bolehlah pilih yang besar-besar..hehehe. Semua ikan/sotong/kerang dan ketam yang ada segar-segar belaka. Antara menu masakan yang kami makan malam tersebut ialah :


ketam black pepper 
( owner gerai suggest, tapi saya tak berapa suka, 
rasanya kalau masak sambal mesti lagi terangkat)




siakap bakar


siakap stim





kupang sweet sour


kailan ikan masin




sotong goreng tepung


                        Rege semua makanan lupa pulak nak tanya suami..hohoho yang saya tau makan jer..kalau bab bayo serah kat inchik suami..:p
              Yang kelakarnya family sebelah kami asyik pandang jer, mana taknya yang makannya dua orang jer, tapi yang diorder macam 4 orang makan..hehehe..Amaklumlah bila perut lapar macam-macamlah teringin. Tu pun rasa cam sikit jer..kekekeke..
                   Tak dapat nak melepak lama-lama sebab orang makin ramai datang, kasihan pulak diorang takde tempat duduk. Amira pun dah mengantuk sangat, siang harinya waktu di hotel tak mahu tidur...kan dah ngantuk..
                   Sebelum balik hotel, tetiba en suami dapat panggilan dari seseorang..panggilan siapa pulak tu ye?Kemana pulak destinasi kami selepas ini?..hurmmm..nantikan..
                 


**Thanks singgah sini, love u all..take care yer..

Pantang nampak




Sebelum sambung cerita di Melaka tempoh hari

nak cerita sikit pasal my princess
Amira agak memilih dalam makan
ada benda yang dia kurang suka dan ada benda yang dia suka
setakat nie apa yang saya nampak
Amira suka sangat-sangat pada sayur, ayam goreng bahagian drumstick, biskut tiger, 
buah epal dan anggur yang jadi kegemarannya
Tapi ada satu benda yang tak boleh nampak..
kalau nampak benda ni samada ada atas meja atau dalam peti ais (Amira suka menyelit sama bila saya buka peti ais, jadi benda nie senang dia nampak) confirm akan nak..
kalau tak bagi alamatnya meraunglah anak ibu
huhuhu apa benda tu?buah ke?sayur ke?coklat?gula-gula?aiskrim?
hohohoho
bukannnnn..bukan semua tu...

ini dia bendanya..

>


>



>



>



>



>


planta



huh elok jer ngap sorang -sorang..


kalau planta tu disapu pada roti takpelah jugak, ni tak ratah macam tu jer..bila suruh sapu pada roti memang tak nak lah jawabnya..
 walaupun planta tu keras sebab letak dalam peti ais
Amira tetap cungkil planta tu sedaya upaya..
hahaha
nasib baiklah setakat ni tak pernah lagi sakit perut
huhuhu macam-macamlah si kecik sorang ni punya perangai..

Wednesday, February 15, 2012

Sedihh..sedihhh

hurmmmm
cadangnya malam ni nie ber BW
tapi line internet tak berapa ok lah pulak..
saya setakat ber internet tethering dengan phone saje..
setakat 3G, cucuk kat laptop..
sambil anset plak pasang upin ipin sebab Amira pun sibuk nak layan
makanya tak dapek la tenet tu nak lari laju
kalau nak amik broadband tak kan yang anset nak buang..
tak dapat nak ber FB pulak..

biasanya saya update blog kat opis samada sebelum atau selepas waktu kerja
waktu rehat pun kekadang ber BW jugak
cuma tak berapa nak sempat je..
inipun sib baik ada laptop en suami..kalo outstation meloponglah saya
hahaha

**Selingan : semenjak dua menjak ni Amira asyik layan Upin Ipin...sampai je kat umah nak tengok Upin Ipin, sebelum tidur, bangun tidur pun camtu jugak..sambil terkekek-kekek ketawa layan..satu lagi video Johan raja lawak versi Awan Nano..kat Astro Ceria selalu ada iklan tu..hurmmm budak-budak sekarang ni diorang pun dah pandai menggunakan teknologi terkini..tapi saya taklah selalu bagi, kena pantau jugak bukan apa tak naklah selalu beno ngadap teknologi2 canggih manggih ni, nanti ketagih atau terlupa apa yg sepatutnya kanak-kanak di usia mereka lakukan seperti bermain, membaca atau
meneroka alam sekitar..





Melaka Part 1








                      Jika tahun lepas Langkawi dan Sabah adalah destinasi percutian kami, kali ini di tahun 2012, cuti kami bermula di kota bersejarah Melaka . Walaupun dah pernah pergi Melaka tapi mana nak sama kan dengan sekarang. Dulu pergi berdua, sekarang dah bertiga dengan anak. Cadangnya nak bawa Amira pergi pusing-pusing sana sambil melawat tempat-tempat yang tak pernah pergi sebelum ini.
                    Bertolak dari Kuala Lumpur tengahari dan sampai dalam pukul 3.00 petang..Masuk je pekan Melaka dah jammed..Agaknya cuti-cuti umum ni ramai yang datang Melaka..Akibat penat dan mengantuk en suami terus booking hotel dan kitorang membuta di siang hari dulu. Kami menginap di Marvelux Hotel.

Details hotel :


Marvelux Hotel
No.6, Jalan KLU 1,
Taman Kota Laksamana Utama,
75200, Melaka.

Tel: +606 281 8888
Fax: +606 286 2277
Email: reservation@marveluxhotel.com
Website: www.marveluxhotel.com

HOTEL RATES

Room TypeRoom TariffMax Pax.Weekday / Off Peak
Sun - Thurs
Weekend / Peak
Fri,Sat & Sch. Hols.
Super Peak
Eve / Public Hols.
Superior Double
1 King Bed
With Balcony
RM218.002RM148.00RM188.00RM228.00
Superior Twin
2 Super Single Beds
With Balcony
RM218.002RM148.00RM188.00RM228.00
Deluxe
1 King & 1 Super Single Bed
With Balcony
RM298.003RM198.00RM238.00RM288.00
Family Suite
2 King Size
Bed With Balcony
RM428.004RM318.00RM358.00RM398.00



hehe ok lah tu kan rates nya

 
@ruang legar hotel..


                  Tup-tup bila bangun dah pukul 5 petang dan perut berkeroncong minta diisi. Memang lapar sungguh. Destinasi pertama di hari pertama kami yang dituju adalah di medan ikan bakar Umbai-Pernu. Dengar kata medan ini merupakan tempat makan yang terkenal di Melaka. Jika tak singgah di sini ibarat tak cukup rasa..hehe..

Lokasi dan Alamat Ikan Bakar Pernu, Umbai ialah: Pengkalan Pulau Besar, Pernu, Umbai, 75460 Melaka.

nasib baiklah ada google maps (secara phone), senang nak cari tempat ni, tapi kena hati-hati sebab ada tempat yang tak boleh nak google..ada satu ketika tu google maps menunjukkan kami berada dalam laut sedangkan kami berada di laluan jalanraya..hahaha
nak masuk kena bayar RM 1.00

                      Sesampai di sana hampir setiap gerai penuh dengan pelanggan. Memulanya nak makan di gerai No 5 tapi meja takde kosong terpaksalah kami pilih gerai lain. Kalau nak tunggu jugak owner gerai kata dalam setengah jam/sejam lagi..adehhh..perut plak lapar kan mana leh tunggu-tunggu lagi.

antara deretan gerai yang ada
                      
                    
                    kata nak makan tapi kenapa pulak ada gambar spek dan pedang..opsss next entry saya ceritakan apa yang berlaku sebenarnya..


**thanks sebab singgah sini..luv u all..take care yer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...